KIDLAND PENANG, SYURGA KANAK-KANAK


Seperti yang dijanjikan. Kisah happy di Kidland

KidLand Penang ni umpama mini Kidzania. Sesuai untuk bagi pengalaman kat anak-anak.
Harga dia pun berpatutan. Seronok & best. Mak Ayah dia pun enjoy. First time kan.

Full package : Rm75 (semua mainan)
Pakej biasa    : Rm30
Dewasa           : Rm5
Baby                 : Rm10 ( untuk main kat babyland kalau tak nak pun tak pe)

Kami ambil pakej Rm 30. Jadi kena pilih beberapa tempat sahaja. Setiap tempat bermula dengan Rm5 hingga Rm 10. Nanti akan ditolak daripada kad ( kad macam touch & go) setiap kali masuk swipe kad. If habis & nak main lagi boleh reload.

Setiap kali lepas habis main budak-budak akan dapat gaji (duit kertas palsu). Gaji tu nanti boleh bawak balik je. Best, tersengih-sengih Amsyar dapat gaji.

Untuk pakej Rm30 dapat masuk 3 tempat free, Babyland, Raillway & 3D Cinema

Ni antara tempat yang Amsyar join. Kos dia Rm35 ( Reload Rm5 lagi) Ni pun kami macam tak larat dah dari pukul 11 hingga 4.30 jugak la duk kat sini. Kalau full package sampai malam la gamaknya.

Lets Start our journey. Swipe the picture please.











TIPS ATASI NIPPLE CRACK

RISIKO BILA BF ~LUKA😢

Bila bf baby mesti akan ada risiko nipple crack.. sakit oii & tak selesa.  Kalau ada yang tak pernah kena. Bergembiralah. Yang kena jangan meraung pulak. Ni ada sikit tips dari ibu anak 2 full bf. Gituu..

1) SUSU IBU

Try guna susu ibu & sapu kat bahagian crack tu. If baru-baru sangat berhasil. Kalau sikit-sikit la kenanya. Kalau teruk sangat lukanya memang amik masa uolss.

2) Cocoa Butter Formula, Nursing butter

Best guna yang ni. Boleh beli dekat farmasi. Best guna sebab natural dan berasaskan koko. Bila menyusu tak payah basuh. Masa alom dulu duk guna ni la. Masa baby lupa pulak kat benda Alah ni. Alahai.

3) Pakai nipple shield untuk bf baby. Dia akan bantu untuk bf baby dan elakkan kan rasa pedih yang melampau sementara luka nak ambik masa untuk ok. 

4) Air Garam

Yang ni paling last, guna air garam untuk cuci nipple lepas bf atau pam dan kemudian sapu dengan krim antibiotik & ktim steroid. Yang ni memang kena p kat klinik. Saya tak berani nak suggest.

5) Secret Correa ~Losyen Czer

Tak sesuai untuk atas luka. Cuma yang ni if bengkak susu boleh sapu keliling dian. Bila nipple crack kan bahagian sekeliling akan bengkak jugak. So boleh sapu ni yea.

4 dari 5 cara ni i pernah buat. Buat sampai sihat. Jangan pula mula-mula je buat. Lepas tu tak nyempat-nyempat g tukar yang lain pulak. Jangan jadi ibarat melepas kentut. Kejap je busuknya. Eh.. tak heloook perumpamaan.