KIDLAND PENANG, SYURGA KANAK-KANAK


Seperti yang dijanjikan. Kisah happy di Kidland

KidLand Penang ni umpama mini Kidzania. Sesuai untuk bagi pengalaman kat anak-anak.
Harga dia pun berpatutan. Seronok & best. Mak Ayah dia pun enjoy. First time kan.

Full package : Rm75 (semua mainan)
Pakej biasa    : Rm30
Dewasa           : Rm5
Baby                 : Rm10 ( untuk main kat babyland kalau tak nak pun tak pe)

Kami ambil pakej Rm 30. Jadi kena pilih beberapa tempat sahaja. Setiap tempat bermula dengan Rm5 hingga Rm 10. Nanti akan ditolak daripada kad ( kad macam touch & go) setiap kali masuk swipe kad. If habis & nak main lagi boleh reload.

Setiap kali lepas habis main budak-budak akan dapat gaji (duit kertas palsu). Gaji tu nanti boleh bawak balik je. Best, tersengih-sengih Amsyar dapat gaji.

Untuk pakej Rm30 dapat masuk 3 tempat free, Babyland, Raillway & 3D Cinema

Ni antara tempat yang Amsyar join. Kos dia Rm35 ( Reload Rm5 lagi) Ni pun kami macam tak larat dah dari pukul 11 hingga 4.30 jugak la duk kat sini. Kalau full package sampai malam la gamaknya.

Lets Start our journey. Swipe the picture please.











TIPS ATASI NIPPLE CRACK

RISIKO BILA BF ~LUKA😢

Bila bf baby mesti akan ada risiko nipple crack.. sakit oii & tak selesa.  Kalau ada yang tak pernah kena. Bergembiralah. Yang kena jangan meraung pulak. Ni ada sikit tips dari ibu anak 2 full bf. Gituu..

1) SUSU IBU

Try guna susu ibu & sapu kat bahagian crack tu. If baru-baru sangat berhasil. Kalau sikit-sikit la kenanya. Kalau teruk sangat lukanya memang amik masa uolss.

2) Cocoa Butter Formula, Nursing butter

Best guna yang ni. Boleh beli dekat farmasi. Best guna sebab natural dan berasaskan koko. Bila menyusu tak payah basuh. Masa alom dulu duk guna ni la. Masa baby lupa pulak kat benda Alah ni. Alahai.

3) Pakai nipple shield untuk bf baby. Dia akan bantu untuk bf baby dan elakkan kan rasa pedih yang melampau sementara luka nak ambik masa untuk ok. 

4) Air Garam

Yang ni paling last, guna air garam untuk cuci nipple lepas bf atau pam dan kemudian sapu dengan krim antibiotik & ktim steroid. Yang ni memang kena p kat klinik. Saya tak berani nak suggest.

5) Secret Correa ~Losyen Czer

Tak sesuai untuk atas luka. Cuma yang ni if bengkak susu boleh sapu keliling dian. Bila nipple crack kan bahagian sekeliling akan bengkak jugak. So boleh sapu ni yea.

4 dari 5 cara ni i pernah buat. Buat sampai sihat. Jangan pula mula-mula je buat. Lepas tu tak nyempat-nyempat g tukar yang lain pulak. Jangan jadi ibarat melepas kentut. Kejap je busuknya. Eh.. tak heloook perumpamaan.





MIDWIFE YANG BEST


Tak tau sapa share
Tapi tetiba aku terjebak dengan midwife ni, Puan Nor Azniza
Suka sharing dia
Sebab..

Tak terlalu obses
Tak de la nak kecam yang tradisional atau moden
Aku rasa macam benda yang dia share ni
Jenis berpijak di bumi nyata

Yela, kat dunia ni ada ke benda perfect
Moden ke Tradisional ke
Mesti ada lebih & kurang
Eh, tak tau lah. Pakat dewasa dah kan.

#setmakczer






CARA TRANSFER SUSU IBU DARI KAMPUNG

SUSU FROZEN TAK CAIR

Atas permintaan sahabat akak, jadi harini akak wajib cerita pasal pasal camner akak transfer susu frozen dari kampung dengan perjalanan selama 5 jam tanpa cair.

Amalan ni akak dah amal dari zaman Amsyar membawa ke zaman Raihanah.  Setakat ni berjaya dengan jaya ikut kaedah ni.

Bahan-bahan dia cooler box ( yang ni akak beli kat Bukit Bunga, kat pasaraya pun ada ni) kalau tak de boleh ganti dengan bekas polisterin putih yang orang biasa buat jual ikan tu, Pun boleh.. Ice Pack & ais batu. Mudah & simple

Bila nak transfer letak ice pack bahagian bawah macam dalam gambar dan kemudian susun susu. Atas susu tu kalau ada celah-celah yang kosong liputi dia dengan air batu. Dah siap! boleh suruh suami bawak balik rumahmu syurgamu.

Ice box tu pulak lepas habis pantang, akak guna setiap hari untuk bawak susu ke rumah pengasuh. Kiranya macam peti sejuk kecik. Tak payah pengasuh letak dalam peti diorang. Susu pun tak bercampur dengan makanan & boleh elak baby kembung. Letak dengan ice pax la kan dalam box tu. 3 ice pax boleh tahan untuk 14 jam. Akak letak 4 atau 5 ice pax. Setakat ni memang sgt puas hati dengan ice box ni. Sangat berguna, pengasuh pun senang hati.

Itu saja. Boleh share & please belanja orang joget-joget  sikit barulah hatiku rasa gembira.

UPDATED SHARE DARI ATIKAH FAUZI:

Kite dulu guna esbok polesterin putih tu ja. Balut lam plastic kemas-kemas, letak icepack tabur garam sikit. Seal esbok masuk bonet. Perjalanan lebih 8jam. Susu banyak masa tu 12oz x 30pcs. Selamat 👍🏻

0148371485
#setmakczer
#bengkungczer
#lotionczer



LOSYEN SECRET CORREA UNTUK PANTANG CZER & NORMAL

TIADA YANG SESEJUK INI DI MALAYSIA KHAS UNTUK IBU CZER & NORMAL

6 sebab adik, kakak dalam pantang suka guna Losyen czer

1. SEJUK
First time, akak jumpa produk yang sejuk, tiada bau tapi mampu memisahkan akak dengan cik lelemak yang cinta setia tu. Mau tak suka kita ni. Tambah tak payah risau kalau terkena baby.  Tak pijar awak. Sekarang cik lem dah tak de. Akak pulak yang setia dengan losyen ni.

2. DARAH KOTOR & ANGIN
Kalau sapu kat perut,  lancar je darah kotor keluar, tak de dah tersekat-sekat. Kalau sapu 1 badan. Berlumba-lumba angin jahat nak keluar. Yang ni tak sempat nak tahan berdentum-dentum dia. Jangan tanjat tau.

3. BENGKAK SUSU
Macam akak ni, tiap kali bersalin mesti kena bengkak susu. Sakit awak, boleh membawa ke demam. Untuk elakkan jadi makin teruk, amik sikit LC & urut pada di sekeliling kawasan bengkak. Jangan risau. Tak kan effect susu. Akak full bf dik. Akak pun risau susu kurang.

4. SEBAGAI PILIS
Akak ni jenis simple dik. Nak benda yang senang & mudah tapi still nak sihat. So, lepas mandi,ikat rambut kuat-kuat & tinggi-tinggi boleh lah sapu LC di dahi dan urut-urut atas kepala sebagai ganti pilis. Rasa segar & sesejuk musim sejuk kisahnya.

5. SEMBELIT
Arrghhhh... yang ni paling akak takut sebab akak ni setiap kali bersalin mesti koyak sampai punggung. Sebab tu bila nak bersalin akak standby macam-macam untuk elak sembelit. Salah satunya LC ni. Bila pakai dia, senang je bila di tandas. Tak de lagi perasaan masuk  dengan suka keluar dengan duka.

6. STRETCHMARK
Sambil-sambil gosok-gosok untuk sihat. Stretchmark pun pudar. Idok ke seronok dapat bonus cenggini oii. Akak tak de stretchmark preggy. Yang ni orang lain duk citer. Akak kan #sarakepoh. Kena la sebar kat hgpa😆

7.KKM & HEALTHY BRAND
LC ada KKM  dan dapat pengiktirafan super healthy brand. Akak masa mula-mula nak guna usha benda alah ni dulu. Musim sekarang ni nak sebarangan ramai dah yang ada kesedaran termasuklah adik-adik akak semua.

Feelingnya, aromanya, teknologinya, bahannya. Tiada yang biasa-biasa!Keterujaan apakah lagi yang ditunggu? Bawak-bawaklah mencuba.😄

Setmakczer
~0148371485~

LIST SET BERPANTANG CARA SARA KHAS UNTUK IBU CZER


Seperti yang dijanjikan. Malam ni akak mugil up list dulu. Semua ni sesuai untuk ibu czer yea.

😗Bengkung Moden Czer(Guna yang sama dari anak 1st)
😗Losyen czer secret correa (masa 2nd baby baru guna)
😗Sabun herba Slim dari Bmc (buat mandi ganti sabun biasa, rasa clean dari daki-daki)
😗Herba Mandian dari Bmc (guna sampai hilang warna)
😗Ubat bersalin klinik Panchor (beli untuk sebulan)
😗Air akar nona roguy (guna dari 1st day. Sedap minum panas-panas)
😗Phytonatal nona roguy (hari ke30 baru guna)

Kalau guna semua ni sampai habis dalam pantang. Insyaallah, suami tak berani nak p karok. Ops🙊ini bukan kisah suami saya.

#setmakczer
#khasuntukibuczer
0148371485

TIPS BERPANTANG SELEPAS CZER

Untuk ibu-ibu czer  yang hari-hari dok tanya,

1-sampai bila kita tak leh mncangkung?
2-bila boleh start makan ayam?
3-pantang seafood sampai bila?
4- Mandi  air suam sampai bila?

Meh akak share sikit

Mencangkung bagi ibu czer selepas 2 minggu atau selepas luka dah ok boleh mencangkung. Kepit-kepit sikit masa mencangkung yea sebab masih awal lagi. Kalau dah selesa masa awal-awal insyaallah hari-hari mendatang hidupmu pasti lebih indah. Bukan janji tapi pasti.

Makan ayam walaupun czer tak kesah pun. Boleh je sebab Ayam tu protein baik utk badan. Luka pun cepat baik.Limau sunkist pun baik untuk cepat sembuhkan luka and lancarkan pembuangan.memang doktor galakkan makan limau. Cuma kalau tanya aku, 2 minggu pertama aku makan ikan bakar lepas tu dah start try ayam & daging pakej dengan Sayur air  rebus tak oily tak dilupa.

Mandi air suam sebaiknya sampai 100 hari(3bulan). Kalau rajin lagi lama lagi bagus. Bagi aku penting mandi air suam tu. Nanti meroyan kalau awal-awal dah mandi air sejuk. Salah satu simptom meroyan kalau kita rasa tapak kaki sejuk. Tanda nya tu dh kena meroyan. Kena pantang lama sikit kalau ada rasa tapak kaki sejuk or badan sejuk-sejuk

Pantang seafood ikut badan. Rasa sikit kalau okay. Boleh makan. Cuma sebaiknya janganlah duk makan dalam pantang seafood ni. Sabo, 44 hari je. Lepas tu try la sikit-sikit.

Sekiann itu sahaja.. selepas pantang  memang macam-macam rasa ada. Cuba pelan-pelan. Try and error. If ok teruskan, kalau tak cari jalan lain supaya badan sihat, kita bahagia.

 Aku tanya je mak, benda yang dia tahan biasanya aku pun tahan. Memang original mak akak ni, Bab kata Dr Fadzilah Kamsah, kalau ada iras mak insyaallah segala-galanya macam mak termasuklah penyakit🙇 akak bidadari kecil mak akak. Sebijik hokey.

Cenggituuu tips dari akak..jadikan masa berpantangmu seindah syurga supaya tiap-tiap tahun tak insaf nak pantang.opss😉

-setmakczer-
0148371485

RESEPI IKAN UNTUK BABY


IKAN KUKUS BABY

Halia (mayang halus)
Carrot (mayang halus)
Bawang merah(hiris nipis)
Bawang putih (hiris nipis)
Tomato (potong bulat)
Serai(dititik)

1)Ikan gaul dengan serbuk ikan bilis macam gaul serbuk kunyit) perap kejap.

2) Masukkan semua bahan ke dalam bekas. Letak ikan & kukus.

3) Siap untuk di makan

Hb low

Tadi kaksha pergi la kursus safe motherhood..
Then, waktu kursus memang ada selitkan sekali anemia for pregnancy mothers..
Selama ni, kaksha pun dok ingat la makan bayam boleh tambah darah kalau HB low kan...
Yelah... Im a nurse pun tak tahu..
So, kaksha nak share dengan uolls yang pregnant dan HB low.. Kalau boleh, tak usahlah makan bayam sebab dalam bayam ada oxalic acid dimana ia boleh menyerap zat besi dari makanan yang kita makan.. Patutlah dah makan bayam pun HB dok low kan..
Makanlah makanan yang tinggi zat besi yang lain.. Untuk dapatkan serat, makanlah sayuran hijau yea..
Kalau teringin sangat nak makan bayam..makan haematinik waktu pagi, malam baru makan bayam..kalau teringin sangatlah kan..
So, pregnant mothers please alert yea..
Kaksha share sebab kaksha sayang uolls.
Nanti kaksha share info yang lain pulak yea..

credit to Dr Halipah Khalid.. Tq Doctor😊

#SAFEMOTHERHOOD
#ANEMIAINPREGNANCYMOTHER
Copy & paste from Nir Shaffrizal

TRAUMA IBU CZER

Mengapa ibu2 tertekan apabila terpaksa melahirkan anak melalui pembedahan?

1. Diluar jangkaan proses bersalin yang diidamkan.
- Cuba kau bagitau aku. Berapa ramai wanita di luar sana yang BELUM BERKAHWIN meletakkan "bersalin secara csect" sebagai salah satu impian dalam hidup mereka?
Pernah kau dengar cita2 bakal pengantin; "nnti syg nak lahirkan anak abg seramai 5 orang. Semuanya melalui PEMBEDAHAN."

Ada? Ada?

Jari kena hiris dengan pisau pun dah meleleh air mata, inikan pula nak tadah perut kena lapah semata2 utk keluarkan anak.
Czer ni dikira rancangan akhir nak lahirkan anak. Akhir yg mcm mana? Akhir sebelum MATI!

2. Trauma dari proses pembedahan.
- Bayangkan. Kau dah sakit berjam2. Tiba2 doktor beritahu anak kau dah makin lemas. Ok..itu dah satu trauma.
Lepas tu tiba2 kau dikerumun oleh pakar perubatan. Cucuk sana sini. Masuk wayar itu ini (wayar pundi kencing paling azab). Mereka dok kalut2 nk selamatkan kau dan anak2 kau.

Kau disiap2kan dan disorong jumpa suami kau. Suami kau muka blur sebab tak sempat hadam kenyataan kau nak kena bedah. Kau nak bgtau kat suami kau yang apapun terjadi kau sayangkan dia dan anak2 yang lain (jika ada). Dan kau takut jika itu adalah saat terakhir kau jumpa dan pegang tangan suami kau! Kau terpikir kau tak habis bermanja dengan suami. Kau tak sempat minta maaf dengan anak2 yang seban hari kau termarah tanpa sedar.

Tapi sekarang kau dalam perjalan 50-50; hidup atau mati.
Kau disorong sorang2 (suami tak dibenarkan ikut utk kes emergency csect) masuk dalam O.T. Kau dengar doktor cerita pasal breakfast nasi lemak. Pastu ada cerita pasal dilwale. Yang kau tgh bertarung minda samada sakit atau tidak kena lapah nanti. Lepas tu bila kau nak dibius, kau tgk jarum epi tu punya besar, kau dah tau yang jarum itu akan masuk ke dalam badan ko utk biuskan ko.

Melainkan ko dibagi tidur (aku dah merasa kedua2nya. Aku prefer tdo. Kurang takut. Nak matipun terus pergi lah kot. Wallahualam. Naizubillah. Takut aku nak pikir)

- Kemudian ko dah start rasa ada benda kena tekan2 atas badan ko. Tapi ko tak nampak. Ko rasa mereka tolak2 badan ko ke kiri. Ke kanan. Ko tak boleh gerak. Masih tak dengar suara baby.
Tapi alhamdulillah...baby selamat. Ok kau boleh lega dah.

 SEKEJAP!

c) Momen terindah?

- Setiap kali orang tgk anak mereka, mereka teringat kali pertama melihat mata si anak sejurus lepas bersalin. Aku? Anak depan aku. Aku tak nampak mata. Blur. Bius. Tidur. Tau2 aku nampak muka doktor dulu. Muka anak? lepas aku dah sedar baru nampak.
Dan bila aku tgk muka anak2 aku...aku terkenang cerita trauma setiap sorang. Momen indah? Aku dapat masa 1st bonding menyusukan anak. Alhamdulillah.

- Selain doktor, patutnya aku yang dpt tgk anak aku dulu. Tapi disebabkan aku dibius tidur, nenek, atuk, kakak katil sebelah, makcik cleaner dah dulu melihat wajah yang aku tunggu selama 9 bulan 10 hari. Takde eksklusiviti. Takde surprise. Takde cinta pandang pertama.

d) Jihad penyusuan

- Anak kau keluar sihat. Comel. Alhamdulillah. Tiba2, anak kau melalak. Kuat. Nurse dtg ambilkan anak letak kat ko. Tapi kau?
Kau bertarung kesakitan dengan tempat luka. Kau tgk muka anak kau. Kau nak pujuk. Tapi badan kau tak boleh bergerak.
Bila badan kau dah boleh bergerak, kau nak letak anak atas badan utk menysukan, terkena perut kau yang baru dilapah. Ko menahan kesakitan.

RIMAS!!!! Aku nak susukan anak aku dengan selesa macam ibu disebelah! Ttp ibu itu bersalin normal!
Dan kau mula tertekan.

e) Mulut puaka.

- Datang mereka2 yang menziarahi. Tanya "kenapa czer?" Aku mula bercerita perjalann cuba bersalin normal tetapi anak lemas bla bla bla....

Kemudian yang bertanya sambung cakap "punggung ko kecik sebab tu tak boleh beranak normal kot."
Maksudnya?
Aku cacat? Sebab tu aku tak mampu bersalin normal? Dan dia pun pulang tertonggek2 dengan punggung lebar dia yang normal itu tanpa dia sedari dia telah mengguris hati aku. Dan keyakinan aku.

f) Proses Penyembuhan.

Luka pembedahan dan luka hati

- Kau dipaksa berjalan. Utk elakkn darah beku. Pedih. Rasa badan nak tertanggal dua. Kau dah usaha sebaik mungkin. Tetapi kau tak mampu. Orang mula cakap kau mengada2. Kau baru lepas dipotong 7 lapis kulit daging dan isi. Kau tak boleh tunjuk kau sakit. Ko kena tunjuk kuat. Ko tak ada ruang untuk menjadi LEMAH. Semasa, even selepas bersalin!

- Perut ko berlipat dua tak boleh terus dibengkung rapat ke badan. Melihat badan di cermin saban hari benar2 menyedihkan. Aku siap menangis mendayu2 bila ibu aku bersihkan badan aku sambil cakap "Badan akak dah buruk,bu."
Dan ibu pujuk
"Stop crying. Nanti kita pantang elok2. Akak akan dapat balik badan lama akak."
Tapi hakikatnya, tak semudah itu. Berpantang orang czer perlu berlebih. Setahun baru dapat saiz badan asal. Masih bersisa cacat di celah lipatan pembedahan. Tak sama dengan perut bersalin normal. Sekata dan rata.
Jadi...sila faham.

Mengapa ibu2 yang bersalin czer ni over sensitif.
Bukan kami mengada2
Tetapi kami juga keliru macam korang.
Mengapa kami tak mampu bersalin normal macam org lain.
Sila simpati.
Letak empati.
Pada ibu bersalin czer.

Kredit: Siti Aishah, Blessed Beauty

TIPS TIMER KHAS UNTUK BZ MAMA




Dulu setiap kali masak pastu baby nangis rasa macam serba salah, kacau bilau, haru biru dan.. part yang paling ditakuti kehangitan😂

Mau taknya, mak-mak menyusu ni bila anak nangis dah tau dah tandanya nak kena tidur kona baring kan.Lagu ni baru selesa. Anak mudah kenyang, mak mudah lena. Tu yang gulai masak kuning transform jadi gulai kicap pekat hitam berkilat. Adoiii..adoiii hari mak terus suram

Sampailah one day akak dapat idea lepas tengok citer MY KITCHEN RULES siaran astro 711. Akak berkenan sungguh dengan timer yang diorang guna tu. Tapi mana nak cari? Bukan ada kat Malaysia ni.

Lucky me Allah jentik hati akak suruh tengok LAZADA. Ada rupanya, terus beli, harga pun murah je 20++. 2 minggu lepastu baru dapat (from oversea)

Bila sampai kecik je bendanya tapi berguna sangat kat mak-mak ni. Sekarang setiap kali masak, akak set time. Kalau baby nangis akak dah tak ralit dah. sound dia bunyi punya kuat umpama kalau akak terlelap terus berdiri bila timer menjerit.( sedikit extravaganza disitu)

Nak minta tolong abang manis pun senang sekarang. Kalau anak tak mampu nak berpisah kan. Akak mintak tolong dia tengokkan

"Kanda tengok lauk jap, dah masak ke?"
"Belum lagi dinda"
" set lagi 3 minit kanda"

Hah setel, kalau mintak dia agak-agak memang kandaku mudah keliru. Tapi kalau macam ni. Mudah sangat dia faham.

TEKNIK TIMER ni kalau pantang sendiri pastu czer pulak memang elok guna. Bila suami nak tolong masak. Kita yang tengah pantang tu duduk diam-diam sambil lumur #losyenczer & sarung #bengkungczer. Kaki kasi lunjur ala bersantai di tepi pantai.

Bagi la chance suami mithali  tunjuk bakat terendam. Bagitau je suami tu set timer berapa minit. Confirm masak & selamat di makan lauk pantang itu.

Akak buat, akak share.

#setmakczer
0148371485

RESEPI KEPAH BERLADA

yummylicious (kata tukang masak aka akak manis)
.
kanda WAJIB puji yea. penggunaan ayat terlalu sedap sangat digalakkan)😄😄


.
#Resepi Lala berlada
.
kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, lada merah & serai
.
bahan kisar masak sampai pecah minyak bersama dengan halia & serai diketuk
.
Dah pecah minyak, masukkan kepah. masak sampai semua terbuka & air sedikit kering. Siap, Sedap sungguh!

1st Time buat pastu akak upload dalam fb ada pulak kawan bagi resepi LALA GORENG KUNYIT
.
Ini resepi delicious dia
.
cuci lala, letak serbuk kunyit (biarkan sambil2 ko siapkan bahan menumis)

tumis bawang putih & besar
masukkan lala, letak air sikit utk tak bagi kering / hangit

masukkan sayur yg digemari seperti lobak, brokoli, kacang panjang, tomato dan lain2 dirasakan perlu

gaul hingga lala betul2 masak dan pastikan sayur tak terlebih masak 😂

siap untuk menjamu selera 😋


KELEBIHAN & KEKURANGAN AIR KELAPA

Kebaikan air kelapa dlm perubatan alternatif; setiap kali sy nak potong ubat....atau selepas ambil antibiotik lepas demam...sy akan cuci dalaman sy dgn air kelapa. Sifatnya sesuai utk membersihkan ketuban dan replenish air dlm tubuh badan bila ketuban dh pecah.

Tetapi....pantang bagi org yg ada penyakit tulang. And dia ada bisa yg membuatkan org yg kerap amlkn air kelapa sennag kena bisa urat. So...bisa tu nk dibuang...kena dineutralkan dgn garam bukit/kasar. Rasanya akan menjadi lemak (bukan masin)

Amalan air kelapa yang dicampur gula boleh menjadi racun syahwat....dimana pengamal bermaslaah dalam hubungan seksual.

cnp : Susylawatie Faizol

PANTANG KETIKA MENGANDUNG

Masa mngandung makan apa bole dpt angin pasang tu yea....sbb sy bru 50hari bsalin anak masa lahir mmg dh kene angin pasang kat wad lg misi bungkus dia punya tu dlm plastik..msa pregy mmg mkn ikt tekak je tp xpasti apa yg bole mnybbkan dia kene angin psg tu..smpai skang dia punya tu masih besa lg..sy dh try mnyk berubat herbanika...alhmdllah nmpk kecut skit...tp kene pntau dia tkot mnangis lama kembang lg dia pnya tu..😯😯😯

pulut

sayur yg jenis berangin mcm ubi,kangkung,kobis

jambu batu,duku,langsat dan sewaktu dgn nya,durian

cincau,tebu,air kelapa

Lagi satu jgn mkn manis2, kalau baby perempuan nnt rahim yg terbentuk pada baby tu akn bentuk love. Effect nnt bila dia nk mengandung susah, susah nk lekat. Ni info dari doktor.

angin-sebab ada sesetengah bayi lelaki akan jadi angin pasang

msg/fast food/berperam/jeruk-slh satu punca jaundice

berhormon-bayi perempuan akan mengalami lelehan faraj seperti haid

berempah/berlada-bayi naik ruam.walaupun keadaan nya tak panas/tak sejuk selepas bersalin

Kebaikan air kelapa dlm perubatan alternatif; setiap kali sy nak potong ubat....atau selepas ambil antibiotik lepas demam...sy akan cuci dalaman sy dgn air kelapa. Sifatnya sesuai utk membersihkan ketuban dan replenish air dlm tubuh badan bila ketuban dh pecah.

Tetapi....pantang bagi org yg ada penyakit tulang. And dia ada bisa yg membuatkan org yg kerap amlkn air kelapa sennag kena bisa urat. So...bisa tu nk dibuang...kena dineutralkan dgn garam bukit/kasar. Rasanya akan menjadi lemak (bukan masin)

Amalan air kelapa yang dicampur gula boleh menjadi racun syahwat....dimana pengamal bermaslaah dalam hubungan seksual.

9 Tanda rahim tak sihat

Hari ni saya nak kongsikan 9 tanda Rahim tak sihat 

1 Sakit Ari-Ari 
Rasa sakit atau tak selesa di bahagian bawah abdomen. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga ke paras lutut. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid dan organ yang terlibat adalah rahim.

2. Kentut Vagina 
Kentut vagina terjadi bila angin memasuki ruang vagina yang sepatutnya tidak berlaku jika rahim anda tidak longgar. Maknanya kentut vagina boleh berlaku disebabkan rahim anda longgar. 

3. Sakit Ketika Bersama Suami 
Sakit ketika melakukan hubungan intim. Rasa tak selesa melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersama. Situasi ini boleh merosakkan situasi mesra bila bersama suami.

4. Sakit Tumit 
Rasa sakit di tumit, rasanya seperti berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut, sakit ini akan lebih terasa. 

5. Selalu Kembung Perut 
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, perut rasa menyucuk dan pedih disebabkan angin dalam rahim dan perut. 

6. Sentiasa Basah
Vagina/faraj berair dan berbau. Seluar dalam sentiasa basah dan lendiran melekit dek kerana masalah keputihan memang merimaskan.

7. Sakit Pinggang
Di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat terasa sakit. Rasa sakit pinggang tu lebih kurang macam lenguh dan rasa senggugut juga, tapi terasa pada waktu selain datang haid.

8. Sakit Telapak Kaki
Di tapak kaki mula rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat. Di sekitarnya akan rasa kejang dan menyucuk.

9. Kerap Kencing/ Kencing Tak Lawas
Mudah terkencing bila terbersin, batuk atau ketawa. Kita akan lebih mudah dijangkiti penyakit kencing kotor atau ada rasa ngilu ketika buang air kecil.

TESTIMONI BENGKUNG MODEN

~CZER MACAM TAK CZER~

Puan Hanisa beli lagi bengkung czer. Sebelum ni dah beli tahun lepas bulan 11. Tahun ni beli lagi sebab kena czer lagi. Anak sulung pakai yang biasa. Start anak kedua pakai BMC sebab selesa. Pakai start hari yang ke8. Memang selesa setiap masa pakai. Mandi je bukak. Bila tak pakai rasa luka czer sakit. Bila pakai rasa macam tak czer.

#setmakczer




3 Hari Pakai Bengkung Moden & Secret Correa Dah Nampak Kempis Perut



Alhamdulillah hari ni hari ketiga pakai bmc. Selesa dan sokong badan saya. Nak tunggu beberapa hari lagi nak ukur lilit lagi. Sebelum pakai nak tgk parut ceasar kena angkat lebihan perut. Dah 3 hari boleh terus nampak parut tu kira kempis siket. Saya pakai sampai tidur. Tq sbb jual product ni
Sblm ni bersalin normal mmg pakai barut jawa. Kali ni tak boleh. Tapi adanya bmc. Alhamdulillah besttt

~Puan Rabiatul~

Siapalah saya tanpa anda. Puan Rabiatul guna set lengkap #setmakczer

#teammakczer
#lotionczer
#bengkungczer