CARA BERTUNGKU YANG BETUL BAGI IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN (CESAREAN)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Google 
Entry: 20





Ibu yang bersalin secara pembedahan (Cesarean) banyak sangat pantang larangnya. Iyelah, banyak yang perlu dititkberatkan. Namun begitu, ia tak bermaksud ibu yang bersalin secara pembedahan tidak boleh berpantang seperti ibu yang bersalin secara normal. Boleh, tetapi dengan cara yang tersendiri.

Bertungku merupakan satu perkara asing bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Ramai yang berpendapat ibu yang bersalin secara pembedahan( Cesarean) tidak boleh bertungku sedangkan kita sedia maklum bahawa bertungku ini bukan sahaja dapat membantu menjaga kecantikan dalaman dan luaran malahan ia membantu ibu-ibu untuk kekal kurus seperti sediakala. Pendapat bahawa bersalin secara pembedahan tidak boleh bertungku adalah tidak benar. Ibu yang bersalin secara pembedahan masih boleh bertungku mengikut had batasan yang tertentu.

Bagi ibu yang bersalin bertungku boleh dilakukan dengan cara meletakkan tungku pada bahagian belakang, pinggang, paha dan betis. Sekiranya ingi bertungku  pada bahagian perut. Jangan diletakkan tungku pada bahagian atas perut tetapi dalam keadaan mengiring letak di bahagian bawah perut. Apa yang penting pastikan tungku  tidak terkena bahagian pembedahan (Cesarean). 

Bertungku untuk ibu yang bersalin secara pembedahan sangat digalakkan. Ibu yang bersalin secara pembedahan (Cesarean) boleh mula bertungku pada hari kedua pembedahan(Cesarean). Ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kesakitan dan  lenguh-lenguh malah ia akan membantu luka lebih cepat sembuh dan rahim mudah kecut. Luka dalaman akan lebih cantik dan tidak melekat pada rahim. Paling penting, bertungku merupakan salah satu tips untuk kekal cantik, sihat dan ramping walaupun selepas bersalin secara pembedahan( Cesarean).
_________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI

No comments:

Post a Comment