3 KESAN WAJIB YANG AKAN DIALAMI SELEPAS PEMBEDAHAN ( CESAREAN)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google 
Entry: 15

~ KESAN UBAT BIUS SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN ~

Perkongsian ini diharap dapat membantu ibu-ibu yang pertama kali bakal bersalin secara pembedahan (Cesarean) sebagai persediaan mental dan fizikal. Apa yang akan saya kongsikan nanti adalah kesan yang akan dialami oleh kebanyakan ibu yang bersalin secara pembedahan (Cesarean) kesan dari bius. Antara kesan ubat bius antaranya adalah

1) SAKIT KEPALA


2) MUNTAH




3) GATAL- GATAL BADAN



Ibu-ibu mungkin akan mengalami semua kesan ini atau salah satu daripadanya. Sekiranya perkara ini berlaku kepada para ibu, bolehlah ibu-ibu cuba mengamalkan petua di bawah :

1) JANGAN BANGUN TERLALU AWAL

Jangan bangun terlalu awal. Berbaringlah sehingga 6 jam dan kemudian barulah bangun untuk melancarkan peredaran darah. Dalam tempoh 6 jam tersebut baringlah dalam keadaan flat iaitu tanpa batal.

2) JANGAN PANIK

Biasanya selepas pembedahn bayi akan diletakkan bersama kita. Sekiranya bayi menangis, ibu janganlah panik. Mintalah bantuan nurse untuk membantu mengangkat bayi untuk diletakkan di sebelah ibu. Sekiranya, bayi ingin menyusu, ibu perlulah sedikit mengiring untuk memudahkan penyusuan bayi dan mengelakkan rasa sakit pada bahagian pembedahan.

3) JANGAN MAKAN DAN MINUM

Dalam tempoh 6 jam selepas bersalin, ibu-ibu dilarang sama sekali mengambil sebarang makanan atau minuman. Tujuannay adalah untuk memantau  tahap perkembangan ibu selepas pembedahan.

4) KERAP MEMBUANG

Ibu-ibu yang bersalin pembedahan sangat digalakkan membuang dengan kerap kerana semakin kerap anda membuang, semakin cepat hilang kesan bius semakin cepatlah hilang rasa pening, gatal atau muntah yang dialami.

5) AIR SUSU/ AIR HORLICK/ AIR KOPI PEKAT.

Ketiga-tiga jenis minuman ini dikatakan dapat mengurangkan pening kepala selepas pembedahan ( cesarean) Pilihlah salah satu antara jenis air ini mengikut keselesaan anda. Tidak salah mencuba dan tiada kerugiaan pun.

SEMOGA MEMBANTU :)

PERHATIAN : Artikel ini adalah hasil daripada perkongsian ibu-ibu yang berpengalaman dan bukan hasil dari nasihat professional.
_________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI

No comments:

Post a Comment