CHECK LIST IBU CESAREAN (PEMBEDAHAN) BERPANTANG SENDIRI

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google & Simpanan Peribadi
Entry : 7


Wanita sememangnya dilahirkan sebagai orang yang tabah. Selepas bertarung nyawa melahirkan anak, terpaksa pula berpantang sendiri. Bukan perkara mudah tetapi tidak mustahil ditambah lagi dengan pelbagai kemudahan pada masa sekarang. Disini beberapa items yang diperlukan berdasarkan pengalaman saya berpantang dulu.

1) MANDIAN HERBA



Ibu yang berpantang sendiri masih perlu menjaga diri dan bayinya. Namun dalam berpantang beberapa amalan yang terbukti berkesan boleh diamalkan. Bagi ibu yang berpantang sendiri agak sukar untuk mendapatkan bekalan daun untuk dijadikan air rebusan terutamanya di bandar besar. Bagi ibu-ibu yang menghadapi kesukaran ini boleh mendapatkan herba mandian yang dijual dalam bentuk pek. Herba mandian ini banyak dijual secara online atau di kedai-kedai.

Cara penyediaan herba ini juga sangat mudah dan ringkas, Ia hanya perlu direbus dan boleh terus gunakan ia untuk mandi. Boleh rujuk DISINI  untuk mengetahui cara penyediaannya.

Ibu yang berpantang sendiri boleh meminta bantuan suami untuk menyediakan air rebusan ini sebelum mereka ke tempat kerja. Bantuan suami sangat diperlukan dalam penyediaan ini kerana ibu yang baru sahaja bersalin tidak digalakkan mengangkat berat.

2) TUNGKU ELEKTRIK



Tungku elektrik sangat berguna terutama kepada ibu-ibu yang bersalin kerana ia dapat membantu melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar, bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Amalan bertungku ini perlu diamalkan dengan lebih konsisten bagi membantu badan sihat dengan lebih cepat dan baik lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri.

Mengikut apa yang saya amalkan ketika dalam pantang. Selepas mandi dengan mandian herba, saya akan mulakan dengan bertungku dengan menggunakan tungku elektrik. Ia lebih mudah dan senang. Saya tidak perlu bergerak terlalu banyak berbanding memanaskan batu & tungku besi diatas dapur elektrik. Penggunaan tungku batu hanyalah ketika mak bidan datang untuk mengurut. Pada saya, tungku elektrik sangat membantu saya dalam pantang dan sehingga kini.

3) BENGKUNG MODEN


Amalan berbengkung adalah sangat penting terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin. Berbengkung bukan sahaja membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan tetapi juga untuk membantu melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal. Amalan berbengkung sangat membantu dalam penyusuan bayi serta menyokong dan menguatkan otot  abdomen yang lemah ketika mengandung.

Berbengkung merupakan amalan yang sangat saya titik beratkan ketika dalam pantang. Bagi ibu yang berniat untuk berpantang sendiri. Carilah bengkung yang mudah dan senang untuk dipakai serta selesa, Tanpa 3 ciri ini ia mungkin akan menyebabkan amalan ini tidak diamalkan dengan baik.

Ketika dalam pantang, saya memilih untuk memakai bengkung moden yang sesuai untuk cesarean dan normal. Ciri-ciri yang saya cari ketika memilih bengkung adalah mudah untuk dipakai sendiri, boleh dibasuh menggunakan mesin, sesuai digunakan ketika bersalin normal atau pembedahan, senang untuk ketandas walaupun labuh sehingga ke punggung. Semua ciri-ciri yang saya sebutkan ini dipenuhi oleh Bengkung Moden ini. Harga bengkung ini pada saya tidaklah semahal harga korset premium beautiful yang bernilai ribuan ringgit. Sangat berbaloi-baloi.

4) TUKANG URUT



Mencari tukang urut sebelum bersalin sangatlah penting. Tempahan untuk berurut perlulah dibuat lebih awal bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku. Dalam mencari tukang urut keutamaan perlu diberikan kepada tukang urut yang mempunyai kenderaan.

Pada zaman sekarang, bukan sahaja teknologi makin moden, Mak bidan juga semakin maju ke depan. Pelbagai pakej disediakan oleh kebanyakkan mak bidan sekarang. Sekiranya berkemampuan bolehlah mendapatkan mak bidan yang menyediakan pakej lengkap bermula dengan keperluan ibu sehinggalah bayi. Ada antaranya turut membantu melakukan kerja rumah. Anggaran bayaran untuk tempoh pantang adalah bermula dengan 1000++.

Saya pernah usha mak bidan yang menyediakan pakej ini di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Setiap negeri ada LPPKN ni. Memang best pakej dia. Bagi yang berkemampuan boleh mencuba.

5) MENU DALAM PANTANG


Sebelum bersalin dan berpantang sendiri ibu-ibu bolehlah merancang menu untuk dimasak. Banyakkan bertanya pada jururawat, doktor dan kawan-kawan yang berpengalaman mengenai pemakanan yang sesuai ketika berpantang. Carian dari internet juga sangat membantu.

Buat satu jadual pemakanan untuk berpantang dan lekatkan pada dinding rumah untuk rujukan suami. Jadual ini sangat penting untuk membantu suami untuk menyediakan hidangan sebelum ke tempat kerja. Ia juga untuk mengelakkan ibu-ibu daripada mudah jemu.

Jadual pemakanan saya ketika pantang, minggu pertama adalah menu yang sama iaitu ikan bakar sahaja. Minggu kedua barulah ada variasi iaitu ikan bakar dan sayur air, daging bakar dan sayur air, ayam bakar dan sayur air. Ibu-ibu boleh variasikan menu mengikut kesukaan masing-masing. Sepanjang pantang saya memang guna minyak langsung termasuk dalam sayur air.

Persediaan jadual & menu ini dapat  membantu ibu-ibu membuat persediaan awal untuk penyediaan bahan terlebih awal seperti rempah untuk dilumur pada ikan, ayam dan daging.

7)PERALATAN ELEKTRIK


Kenapa peralatan elektrik termasuk dalam senarai pantang saya? Ini kerana peralatan elektrik seperti oven, philips Airfrayer dan Noxxa sangat membantu bagi ibu yang berpantang sendiri. Ia akan memudahkan proses memasak. Hanya letak dan tekan ON sahaja. Itukan lebih senang.

8) UBAT-UBATAN















Ibu yang berpantang perlu jelas dengan ubat-ubatan yang yang diperlukan sebelum bersalinn. Ubat-ubatan sangat penting untuk mengembalikan tenaga selepas bersalin.

Saya mengamalkan ubat dari sebuah klinik pakar ibu dan anak. Antara ubat yang dibekalkan adalah ubat untuk rahim, untuk elak sembelit dan beberapa jenis ubat lagi yang saya lupa. Ubat-ubatan ini sangat membantu untuk saya lebih cergas dan bertenaga.

Semoga 8 Tips ini membantu ibu-ibu yang ingin berpantang sendiri. Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment